KENANGA WHOLESALE CITY TRIP
- SYANA
- Jan 15, 2019
- 1 min read
Pada 10 Jan 2019, kami berempat dalam satu kumpulan telah diberi tugasan untuk menemu bual dua buah syarikat latar belakang yang berlainan. Syarikat pertama yang kami kunjungi ialah "ARABIC STORE" dan "MARIBELI BUTIK". Kami sampai di Kenanga pada jam 9 pagi dan bergerak pulang pada jam 2 petang. Setiap kedai kami mengambil masa setengah jam untuk menemubual setiap syarikat tersebut.
ARABIC STORE
Pertama sekali, memperkenalkan diri kami pelajar daripada Politeknik Nilai dan meminta izin untuk menemubual syarikat tersebut. Kemudian salah seorang pekerja syarikat tersebut dengan berbesar hati menyambut kedatangan kami dan membenarkan kami untuk menemubual syarikat tersebut. Pekerja disitu bukan pekerja tempatan dan menyebabkan kesukaran kami untuk berkomunikasi kerana pekerja itu berasal daripada negara Pakistan. Disebabkan kesukaran berkomunikasi kami kurang mendapat maklumat tentang syarikat tersebut. Kemudian pekerja itu mencadangkan kami untuk pergi ke tingkat atas yang merupakan syarikat utama, dari situ kami mendapat tahu bahawa syarikat itu mempunyai 3 cawangan.
Disinilah yang merupakan syarikat utama tersebut. Pekerja ini bernama Siti. Beliau telah bekerja selama tiga tahun di syarikat Arabic Store. Antara maklumat yang kami dapat ialah setiap cawangan di Kenanga menjual berlainan barang, kedai yang pertama menjual lampu dan perhiasan rumah. Kedai kedua menjual karpet manakala kedai ketiga menjual pakaian haji dan umrah dan diimport dari luar negara seperti Turki, Istanbul dan Yaman.
Syarikat ini tidak mempunyai mana-mana media sosial melainkan aplikasi WhatsApp. Laman sosial tersebut diuruskan oleh pemilik syarikat. Impak sosial media kepada syarikat tersebut ialah positif dan menarik ramai pelanggan. Selain itu, syarikat tersebut tidak pernah melakukan email marketing dengan pelanggan. Akhir sekali, syarikat tersebut tidak pernah mengikuti mana kursus mengenai sosial media seperti eusahawan mdec.
Commenti